Peaceful music

22 October 2014

Hati Kecil Berbicara :'(


Aku tau,
Aku tidak punya ciri pilihan- 
Tidak sesantun Gadis impian,
Tidak secantik Puteri yang rupawan,
Dan tidak sesempurna Bidadari yang engkau dambakan...

Namun,
Ketahuilah...
Aku punya hati dan perasaan, 
Bukan diberi untuk engkau permainkan,
Meninggalkan aku dalam keterseksaan...
Bukan aku tidak kembali kepada Tuhan,
Tapi hati- sifatnya sukar ditentukan,
Adakala aku berada dalam kekuatan,
Dan kadang-kadang tanpa aku sedar aku berada dalam kelemahan...

Kini kau bahagia bersama Gadis yang engkau inginkan,
Meninggalkan aku jauh di dunia khayalan,
Yang pernah kau tabur dengan janji dan pengharapan,
Bukan aku dendam melihat engkau dalam kegembiraan,
Aku juga manusia punya rasa sakit dikecewakan...
Tidak mengapa ! pergi la engkau bahagia bersamanya dalam kecintaan,
Biar aku pergi sebagai satu pengorbanan, 
Untuk melihat engkau yang aku sayang tersenyum dengan pilihan...

Hampir dua tahun aku memendam perasaan,
Memendam rasa rindu yang keterlaluan,
Namun, tak pernah engkau ambil tahu malah engkau abaikan,
Tidak mengapa ! itu hak engkau yang tidak boleh aku pertikaikan,
Engkau juga punya hak untuk memilih kebahagiaan...
Teruslah engkau bahagia dengan Bidadari impian,
Pada Tuhan- aku memohon dilimpahkan kesejahteraan untuk kalian,
Aku undur diri diiringi tangisan,
Moga engkau terus bahagia hingga pengakhiran...

Maafkan aku- Aku manusia yang tidak pernah lari
dari melakukan kesilapan,
Pada aku, engkau tiada kebencian,
Teruslah berdakwah seperti yang pernah engkau janjikan,
Rindu, Sayang, dan Cinta biarlah aku luahkan kepada Tuhan,
Baik-baik sahaja sayang bersama senyuman...

Aku memilih untuk ada di saat engkau tidak memiliki sesiapa,

Mencintai tidak semestinya akan memiliki orang yang kita cintai...


#SayaTerstalkerFacebookDanInstagramAwkDanDia#
#AwakSemakinBhagiaDenganDia#
#SayaSedihSbbBukanSyYangMembahagiakanAwk#
#TapiDiaYangAwakCinta#
#SayaUndurDiriSebabSySyg#
#SyNakAwakBahagia#
#SelamatPergiSayangRindu#
#TeruslahBahagiaJanganPernahRasaKecewaLagi#
T___T


28 July 2014

Selamat Hari Raya 2014




Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa, menjelang tiba Hari Raya... Raya tahun ni, pertama kali aku raya di perantauan... Agak sedih jugak sebab tak ada bersama-sama keluarga meraikan hari lebaran... Cuti seminggu, ramai kawan2 tanya asal aku x balik, bukan x nak balik, tapi faktor tiket flight mahal dan cuti HANYA seminggu... Sekarang waktu beredar pantas, sedar tak sedar dah tiba masa... Tak pe lah, bukan salu dapat merasai nikmatnya menjadi anak perantau yang beraya sendirian dengan sorang member... Rindu x payah cakap laa kan, semua orang Seremban aku rindu...hahahaha...


Bila dah kata raya, mestilah ada juadah rendang nasi impit dan segala macam ye tak ? So, nak di panjangkan cerita dlm entry ni, malam tadi sempat laa jugak aku masak rendang ayam, dan rebus ketupat segera... Plan nak masak rendang memang dari awal puasa hari tu (nmpk x excitednya), So alhamdulillah menjadi jgk plan, bahan2 memang da siap dari 3 hari awal, almaklom laa takut barang habis pulak, ghaye kate ko...huhuhu...Then, kawan aku, aku mintak tolong dia masakkan kuah lodeh, semua settle tinggal nak ngap je... hehehe... 


Di samping menaip ni, aku menanti jam 10, sebab nak kol mak aku kat kampung, cam biasa laa hari raya  ampun dan maaf itu sunat...hhihhi...Kadang2 rasa mcm tak raya pun ada, sebabnya area umah sewa aku ni, x ramai orang Islam, sebelah kanan mak cik dan kluarga dah balik kampung, belah kiri plak orang iban, depan budak chinese, sebelah umah dia plak, bidayuh agaknya...hehehe...  Senang citer, kawasan perumahan ni, bercampur kaum, semangat 1 Malaysia gituu...


Selalu raya akan kunjung mengunjung, ni aku x tau laa nak pegi mengunjung rumah sape...hurmm~ boring laa jawabnya lepas ngap rendang dan ketupat... Paling tidak pun, tido kot...hahaha... Tengok movie ke...hihi... Apa yang boleh dibuat karang, aku buat lah... study perancis ke (nmpk nau nipunye) huahuahua...

Apa2 pun dikesempatan 1 syawal ini, sy mengucapkan Selamat Hari Raya untuk seuluruh umat Islam di bumi Allah ini... Makan ketupat rendang tu, ingat2 lah orang2 yang tidak berkemampuan untuk menikmati juadah yang kita nikmati, makan jgn terlampau kenyang macam ulau sawo... Amik sikit2, bila habis tambah lagi, jangan amik banyak2 lpas tu tak habis then buang ! tamo2  ada perangai gitu ! ingat sekali lagi, saudara kita yang sedang berperang menegakkan agama dan mempertahankan negara, apa je yang dorang nikmati sekarang ni kan ? :'( Moga mereka sentiasa Allah rahmati...


SELAMAT HARI RAYA DARI SAYA DI PERANTAUAN
^_^







6 July 2014

Ramadhan… Aku di Perantauan


Assalam…Selamat menjalani ibadah puasa dan ahlan wasahlan ya Ramadhan…huhuhu… Apa punya ‘baik’ laa aku ni kan, dah seminggu berpuasa baru nak ucap tentang Ramadhan… Bukan apa, hari tu tak terfikir pulak nak cuba buka blog, yela line wifi selalu lembab, so ia agak membantutkan juga laa rasa untuk menaip di blog ni, tapi semalam cuba laa nak post pasal wish teetttt tu, alih2 boleh pulak, itu pun amik masa yang agak lama untuk publish, asyik edit jer keje, tapi sebab dah tekad nak post, tu yang gigih sikit tuh…hehehehe (gigih x bertempat jugak aku ni) Okay2 ! back to main point, sebenarnya aku nak cerita macam2, almaklomlah dah berzaman jugak x hupdate apa2 post ni kann, tu yang rasa banyak sangat cerita yang nak diceritakan… 

Bermulalah cerita: (hikhikhik) Pejam celik pejam celik, cepat je masa dah berlalu, sedar x sedar aku dah sem 4 tahun 2 dekat Uni… Selesai sudah tahun 2 ni, nak kena hadap pulak tahun 3, risau tahap cipanzi sebab nya nak kena hadap FYP nanti… hadeshhh ! x get prepare apa2 tajuk lagi ni, esok masuk sem menggagau nak fakir tajuk…hurmm~ Sebenarnya sekarang ni, semua Uni cuti sem dah, 2 bulan tuuu… Kawan2 aku ramai dah balik, tinggal aku dengan sorang kawan ni, intersession punya pasal laa ni, aku nekad sebenarnya nak amik satu subjek elektif, nanti tahun 3 ringan laa sikit nak amik subjek lain… Selamat laa duk umah sewa dekat dengan kedai2 dan pasaraya, boleh jugak beli apa2 barang untuk dijadikan juadah berbuka puasa…hihihi… Kalau duduk dalam kolej, apa je boleh dijadikan juadah yang pelbagai ? kalu mak cik kedai makan tu buka kedai ok laa lagi boleh beli lauk, kalau tak buka, kau nak makan apa ? paling2 tidak pun juadah berbuka maggi, x maggi biskut kering… hohoho… Apa2 pun kita kena bersyukur, orang dekat afrika tu sampai kena makan pasir dan rumput untuk survive hidup… Dalam bulan puasa ni, apa je lah yang diorang makan kan :’(

Bila dah duduk dekat perantauan ni, memang x laa nak balik banyak2 kali kan, tiket flight mahal woo ! Jangan nak menggedik balik bebanyak kali, fokus kepada apa yang ingin dicapai hehe… So maksudnya Raya ni aku x balik kampung laa :’( sebabnya, habis intersession ni baru aku fikir nak balik, raya ni berkorban saje laa, redhooo… Owh lupa nak bagi tau subjek apa yang aku amik ehh, emm aku amik Bahasa Perancis jew, walawehhh boleh pegi Paris lepas ni…huahuahua… Ingatkan amik Bahasa ni senang untuk dihadam dan dicernakan, tapi agak sembelit juga awal2 pembelajaran… Mana tidaknya, segala bunyi konsonan dan vowel lain daripada sebutan yang kita biasa guna ni… Contohnya, konsonan ‘Y’ kita sebut ‘y’ adalah ‘why’, tapi dalam bahasa peghancis ni, kita sebut ‘y’ dengan bunyi ‘igeghek’… Haa ! x ke sembelit sekejap bila nak sebut gitu…Apa2 pun, aku yakin aku boleh bawa subjek ni dan akan fasih berbahasa perancis selepas tamatnya pembelajaran ini… cehhhhh~ mampu ke fasih sangat ? dah laa belajar 8 minggu je, nak sebut perkataan pun lidah kena berputar 360 degree, ni kan pulak nak fasih… mampukah anda ? muahahahaha… (Waiting for miracle happen)

Duduk jauh ni, offcourse laa rindu dekat family tu tahap menggila, tambah2 plak rindu dekat mak… Rindu sesangat, rindu dekat kawan2, dah laa bulan puasa ni dorang buat aktiviti berbuka puasa bersama-sama, urghhh ! jeles T__T tapi apakan daya, ini laa dikatakan pengorbanan… Mak aku kata, xpe buat je intersession ni, nanti cepat habis belajar, bila habis belajar boleh laa raya dengan mak… argghhh ! sedihnya bila dengar mak kita cakap gitu :’( hukhukhuk… Sabor je lerr… emm~ nak tau x, dekat Sarawak ni kan,  dia punya sambutan Ramadhan kurang sangat2, kurangnya dari segi gini, di semenanjung first Ramadhan or lagi 2 minggu sebelum nak puasa kita akan tengok benner tentang bulan ramadhan dan puasa dipasang dekat tempat2 yang sewaktu dengannya kan? tapi dekat sini, lagi seminggu nak puasa dia boleh gantung benner Selamat Hari Raya… semangat nak raya terus haa… hahahaha… belum masuk pasaraya lagi, masuk2 je dah dengar lagu Raya berkumandang, giler rasa time tu jugak rasa nak booking tiket flight ! baru seminggu puasa tu beb… belum lagi raya, kalau dah raya aku rasa bunga api 7 hari 7 malam dibakar agaknya…kahkahkahkah… Best jugak bila kita berada ditempat orang ni, budaya diorang dan cara aktiviti harian diorang dapat kita tau serba sedikit… Orang tua2 kata, jauh perjalanan luas pemandangan banyak pengalaman…hehehe :-D

Sebenarnya kan, untuk penempatan aku di bumi Sarawak ini, aku dah mohon untuk duduk kolej dalam campus… Aku x nak mohon kolej luar campus, sebabnya nanti dah tahun 3 susah plak nak jumpa supervisor untuk tanyakan pasal FYP, xde laa susah mana pun, tapi kalau nak dibandingkan duduk dalam, lagi senang laa urusan FYP nak diuruskan, x gituuu… Harap laa sangat, aku dapat menginap dalam kolej Bunga Raya tu haa… Bukan apa, duduk dekat luar (rumah sewa) banyak pakai duit, mana nak bayar sewa rumah, bil api air, banyak pakai duit, tambah2 pulak rumah sewa aku ni dekat dengan kedai2 n shopping mall, huiii lagi laa nafsu nak berbelanja tu besar… Aku ni dah laa dapat pinjaman x banyak (tapi masih bersyukur) satu sem RM2500, itu x tolak duit pendaftaran, bila dah tolak duit pendaftaran, tinggal laa dalam RM1780, bila dah tolak duit umah sewa+bil air api+spend duit untuk tiket flight pegi balik, duit makan, duit beli barang shampoo, sabun baju n etc, tinggal berapa je, x kan nak minta dekat mak pulak kan, kadang2 mak aku akan masuk kan duit belanja, tapi faham2 je laa barang sekarang bukan murah bro, aku bajet seminggu aku guna RM50 je, itu pun puas aku kawal nafsu membeli itu ini, kalau x mau RM100 jugak aku berbelanja seminggu… Sebab tu laa, bajet perbelanjaan itu penting, tapi bila teringin sangat2 nak makan benda yang kita nak, x pe laa berbelanja lebih untuk sekali sekala, jangan selalu ! pokai nanti…kehkehkeh… Apa2 pun aku berdoa sangat2 aku dapat kolej…hee~ ;-)

Panjang lebar dah ni aku storie morie, mcm nak buat esaimen plak aku tengok…huhuhu… So, last but not least, just want to wish happy Ramadhan to all my Muslims member… Puasa dengan hati yang ikhlas, cuba melatih diri ke arah yang lebih baik, dengan mendekatkan diri kepada Sang Pencipta… Jangan lagho dengan hiburan TV, bila berbuka amalkan besederhana dalam menghidangkan juadah, jangan segala jenis mcam makanan dekat bazaar tu kau tapau, last2 ke tong samapah plak nanti, mohon dijauhkan dari sikap suka membazir… owh ye tarawih jangan lupa laksanakan ! x buat x dapat dosa, bila buat dapat pahala (sunat muakkad kan kan kan ?) huhuhuhu… Apa2 pun, jaga hati pertingkat iman, ingat Allah selalu = Muslim yang awesome ! ;-) Salam Ramadhan dari kamek di bumi perantauan…





p/s: in shaa Allah ada masa or line laju aku update... MuchLoveLimaHumaira <3





5 July 2014

Selamat Ulang Tahun Rindu !


Lama juga aku x buka blog ni... bukan x nak update apa-apa story, tapi kekangan masa yang aku hadapi... Almaklom lah pelajar U ni x penah lari dari dunia ke-busy-an, kalo x  mentelaah buku, buat esaimen, x buat esaimen, baca novel gituuuu~ hahaha, actually x de masa nak novel2 ni... nak tido pun x cukup, ni kan pulak nak membelek novel, ghentikan lerr ! =..='   x pun line broadband ni lembat mcm siput babi, bayar mahal, tapi servis kureng, hampeh ! that’s why I can’t update my blog you know…hahaha  :-p

Okay ! back to my point today...Sebenarnya I wanna to wish to my teeetttt Happy Birthday yang ke-22 tahun...huhuhu... Dah lama dah x contact dia, kami da buat haluan masing2... Tapi tipu laa kalo orang yang setia mcm aku ni x rindu kat teettt aku...huahuahuahua... Yela dia pun dah ada yang bertakhta di hati, aku ni apa ada, da laa kureng bijak, x reti berfeshion, cantik ? hurmmm jauh langit dgn bumi kot =_=' (tapi aku masih bersyukur hokeyyhh !)

Kalo nak diikutkan post2 aku yang sebelum ni, memang laa aku ada kata dah malas nak fikir pasal dia, dah boleh buang dia jauh2 dari hidup aku, tapi weh ! perasaan ni, fitrah dia berbolak balik, tipu laa kalo aku kata yang aku x de rasa sikit pun rindu dkt dia, jujur aku kata, dah setahun lebih kami jauh, tapi aku masih ingat dia dan kata2 dia, segar lagi dalam kepala hotak aku ni haa… bukan aku x cuba untuk melupakan, tapi mcm aku ckp tadi laa, hati ni fitrahnya berbolak balik, hari ni aku rasa kuat dan mampu untuk lupa kan dia, tapi bila bulan depannya tanpa aku duga aku rindu kan dia tahap gaban, acane ? bukan aku x cuba, aku dah cuba… Jangan salahkan aku ! T__T

Allah masih nak uji kekuatan hati aku, kadang2 aku kuat, kadang2 aku kecundang jugak… Aku manusia biasa, tiada kesempurnaan… Yang jadi sumber kekuatan adalah dekatkan diri pada Tuhan, mak aku salu bagi nasihat mcm2, rasa mcm ceramah n tazkirah pun ada gak, tapi itu semua baik untuk aku…Sokongan dan nasihat dari kwan2 jugak bantu aku cuba bina ketahanan mental, xde laa musim tengkujuh menyinggah jiwa ni mcm dulu2…kehkehkeh… Apa pun yang penting, muhasabah diri dan dekatkan diri pada Allah tu sangat2 penting, hidup dan mati kita ada di tangan Dia, jadi dia lebih tau yang terbaik untuk kita, cuma kita kadang2 lagho, tu yang tersasar sekejap…hehehe 

Apa-apa pun I just wanna to say Happy Birthday Miftah ! Semoga menjadi pemimpin keluarga yang patuh kepada suruhan pencipta, moga sentiasa bahagia dengan jalan yang kau pilih… Walaupun kau dah jauh, dan mungkin x ingat dekat aku, aku hanya nak katakan yang engkau masih aku rindu walau x pernah engkau tahu…




19 February 2014

Lamanya x hupdate belog !


Bebulan jugak x update blog ni... bzy sangat dgn study ! tahun lepas macam-macam masalah yang kunjung tiba... sampai dah tak tau nak kawal emosi macam mana =_=' mana tidaknya, awal tahun 2013 bulan 4 dah kembali single, penangan putus cinta ni hebat jugak erk, haishhhh~ makan diri sungguh, rasa taubat nak bercinta kembali...sekarang hampir setahun, perasaan takut untuk bercinta kembali tu masih ada, tak sanggup rasanya nak kecewa untuk kali kedua, pengalaman yang pertama pun dah cukup memadai laa tu...perit rasanya ! macam nak tercabut tangkai jantung ni dibuatnya... hurmmm~ 

Pastu masuk plak tahun 2, fuhhh dah laa beban yang pertama tak settle, emosi kacau ! masuk je klas dapat esaimen melambak lambak, perghhh ! lagi sekali jantung rasa nak tercabut... bayangkan 4 bulan satu sem, ada 7 subjek yang aku ambil, then setiap satu subjek ada 2 esaimen plus dengan presentation... mau tak sesak nafas ni dibuatnya...haihhh...busy sangat sem lepas tambah dengan life yang messy ! 

Pastu bulan satu hari tu aku balik kampung, cuti sebulan hokeyhhh ! dah bersama keluarga tersayang Alhamdulillah lega selega lega nya ! hahahaha... especially meluangkan masa dengan insan tersayang my lovely beautiful mommy ! mmuahhh ~ huhuhu ^_^ (*selalu kena marah...hehehe...itu dah biasa). Waktu cuti berkesempatan laa pegi umah angah dekat kedah, pegi tak lama pun 4 hari je, itu pn sebab nak suruh angah amik darah...hehehe... Tapi berkesempatan jugak pegi Cameron Highland...huhuhu... Not bad laa Cameron, yang ohsome nya kat sana ialah bunga rose yang segar bugar ! my pebret hokeyhhh ! gerammm~ rasa nak beli, tapi mahal puloks, tak pe tunggu satria berkuda datang membawa bunga kepada aku...cewaahhhh ! berangan lelebeyhhh sudah ! >_<  My lovely mommy borong cactus sampai 21 jenis... x kesah laa asalkan mak happy :) huhuhu...Lepas balik dari bercuti, duduk rumah sambil membantu emak uruskan rumah memasak, membasuh, kemas n jaga anak buah... Settle semua kerja aku, aku dok perap dalam bilik baca novel...ada laa dalam 4 novel aku sempat habiskan...hehehe... Tak dapat dinafikan, aku sudah terjerumus meminati novel-novel2 cinta, gara-gara akak aku yang mempengaruhi aku...Nasib baik jalan citer best...hohohohoho...

Dan 15 Feb hari tu, aku pun fly balik ke Sarawak... Nak tau tak ! malam sebelum nak balik tu, aku tidur dengan mak, aku peluk mak, mula-mula mak mcm tak layan, lepas tu ~ yela anak kan sape x sayang, mak aku usap dan cium ubun-ubun kepala aku, tetiba sebak pulokss, aku nangis dan aku cakap "adik tak nak balik sana" *sambil menangis teresak esak :'( Pastu mak aku bagi nasihat, teruskan jihad menuntut ilmu, jangan pikir benda lain, niat belajar kerana Allah untuk bantu emak lepas berjaya... and yes that time I still crying like a baby...hahahaha...malu sekejap, da besar gedabak pun boleh nangis lagi...haishhhh~ sifat wanita yang sensitif...huhuhu...

And now, I'm here ! in Sarawak !  kehidupan sebagai pelajar kembali bermula, semangat terbang entah ke mana, mood lazy, feel like want fly back at my hometown ! T_T Tapi kerana tanggungjawab, ia perlu diteruskan... Dan aku dah nekad ! senekad nekad nya, aku da tak mau ingat si Dia yang pernah menyebabkan hidup aku x tentu hala, yang menjahanamkan jiwa dan hati aku, cukup ! masa 11 bulan untuk aku harung, jangan kau datang kembali kepada aku ! sebab aku muak dan letih dengan permain cinta ! cukup laa aku dijadikan tempat kau melempiaskan rasa kesunyian, tempat persinggahan ! dan akhirnya kau campak dan buang aku macam aku patung buruk yang selayaknya hanya berada di dalam tong sampah, bukan dalam taman hati kau ! Dan aku bersyukur, bila aku berhadapan dengan kau, perasaan penantian selama ini telah terhapus, Allah da bagi aku petunjuk yang kau bukan untuk aku, ok fine ! kau boleh berambus dari hidup aku ! dan ! kau bebas dari bayang bayang aku...go ahead ! who cares dude ! everything that related with you, I already blocked ! you dont care right ? ! huh ! 

yes ! my priority now is my study ! the thing that can mess up my life I left it behind... I dont want to make my life ruin with a small problems, orang kata benda remeh temeh ni jangan dijadikan perkara utama nak difikirkan, tinggalkan ia di belakang...hurmmm ~ tak perlu bercinta kalau tak tau apa itu pengertian cinta, kalau cara x tak betul, ia akan melukakan salah satu pihak, tak payah sibuk nak mencari imam dan pemilik tulang rusuk...bila tiba masanya, Allah akan permudahkan... bersyukur kerana Allah pisahkan aku dengan dia, dosa yang ada ni pun aku x larat nak pikul, ni kan pulak nak tanggung maksiat yang dibuat secara terang terangan, berpacaran yang boleh meransang nafsu untuk melakukan kejahatan ! haishhhh ! nauzubillah !

Apa-apa pun kembali kepada akar, matlamat datang ke sini untuk apa, sama ada ingin mengejar cinta manusia, atau mengejar ilmu yang dituntut ke atas umat manusia ? Selalu muhasabah diri, ingat Allah...in shaa Allah, Allah akan permudahkan urusan kita... 

Ok beb ! gua da ngantuk, ada masa gua sambung lagi...itu pun kalau x busy...hehehehe  

Sebelum tidur ambil wudhu' dulu bro n sis !

11 August 2013

Biarlah aku menangis





Aku x mampu untuk membendung perasaan kecewa yang teramat...rupa2nya kau~ ='(

Dulu engkau katakan perubahan,
Aku rela kan walau dlm keterpaksaan,
Engkau katakn setia meski kita brkawan ketika engkau ingin mnjalani perubahan,
Aku terima dlm kgembiraan dan kesedihan,
Lama kelamaan engkau jauh dr pandangn,
Aku mnanti dgn pnuh harapan,
Engkau mnyepi tnpa perkhabaran,
Aku keliru dlm kerinduan...

Kini~ aku dapati engkau bersama kembali dgn kekasih lama yg mnjdi kesayangn,
Hati aku mnjadi runtun tidak keruan,
Rasa sedih namun masih tertahan,
Aku memohon kpd Tuhan supaya diberi kan kekuatan,
Ku kirimkankan rindu dlm doa dan juga tangisan,
Moga kau bahagia bersama kekasih yang kau dambakan,
Aku disini~ kau tinggalkan dgn beribu janji dan harapan,
Aku merungkai sendiri stp persoalan yg kau tinggalkan,
Engkau! Mungkin tiada lgi perasaan,
Aku akan kumpulkan sepenuh kekuatan,
Bahagialah dikau bersama bidadari impian,
Aku tetap berdoa yang terbaik utk engkau dan dia bersama di masa hadapan...

Ketika ini, hati aku dihimpit rasa kekecewaan, Biarlah aku mnangis utk pulih kan kmbali jiwa ku yg tertekan,
Zikirullah mnjadi peneman, Moga bila bangkit aku merasakan ketenangan...

*Terima kasih ya Allah, krn memberi aku sedikit kekuatan... :')




Akhirnya kau ucapkan perkataan "Hanya Kawan"


Siapa aku pada kau? kau telah menabur janji dan harapan... apa kau lihat aku seperti kau melihat kekasih lama kau? aku menyayangi dan cintakan kau seikhlas dan sejujur hati aku...tapi KAU?!

18 April 2013- kau menyuruh aku pergi dari hidup kau, "jangan tunggu saya, sebab saya x kan tunggu awak, run for your life" - mif

Sebelum itu, kau katakan janji setia untuk bersama w/pun kita mnjadi kawan, kita mengenali kembali hati budi, sebab kau ingin mnjadi yang terbaik dan kau ingin berubah dan berjihad ke jalanNya... Walau dalam keterpaksaan dan tanpa kerelaan hati, aku relakan untuk kau berubah dan kembali kpd aku dengan perubahan yang kau inginkan, itu janji kau!!! 

Aku hanya mampu berbicara, melayan mainan jiwa, yang kadang kala nya terlalu perit untuk menerima semua ni...

Allahuakhbar...

Wahai hati kuat dan cekal lah kamu, jgn memanggil dan menyebut nama nya lgi kerana dia bahagia tnpa kamu...

Wahai mata jgn laa kamu melirik dan memerhati ke arah dia, kerana dia tidak mnbnarkn kau melihatnya lagi...

Wahai bibir kau ukir kan laa senyuman yg indah walau hati mu ketika ini menangis...

Wahai minda jgn laa kau kenang knangan kamu dan dia kerana dia tidak lgi mahu kan diri mu...

Wahai jiwa jgn laa kamu meronta2 kerana mnanggung kesedihan dan kesakitan, kerana dia gembira brsama teman2 nya...

Wahai rindu terbang lah kamu jauh dari diri ku, kerana dia tidak akan menunggumu...

Wahai diri ku...relakan lahh perpisahan ini walaupun kamu tidak merelainya... Walau pun sakit menerima kputusan ini, tp dengan kerelaan mu dlm keterpaksaan melepaskan dia pergi, akan membuatkan dia jauh lebih gembira drpd sbelum ini... :')

wahai diri ku...jgn pernah salahkan diri nya, kerana dia tahu apa yang terbaik dlam hidupnya...jgn pernah kamu membenci dirinya, kerana kamu pernah menyayanginya... :')

‪#‎MK‬ nama yg indah... Semoga awak gembira dan bahagia... Awak seorang ketua yg baik... Jgn pernah salah kan diri, kerana kputsan yg awak buat adalah yg terbaik...pergilah mencari kebahagiaan awk yg sbnar...semoga cinta Ilahi sentiasa brsama awak... :') -LimaHumaira-18April2013